MyNutriPrice Index ialah aplikasi web yang membantu pengguna membuat pilihan makanan yang lebih sihat berdasarkan gabungan kandungan nutrien dan harga makanan. Aplikasi ini membolehkan pengguna membandingkan nilai pemakanan sesuatu makanan dengan harga yang terlibat bagi mengenal pasti pilihan yang memberikan nilai nutrien lebih baik pada harga yang berpatutan.
Laman web ini mengkehandaki pengguna mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memulakan sesi.
Kami menyediakan borang mudah untuk diisi bagi memastikan data profil yang tepat sewaktu analisa dibuat.
Sistem memaparkan faktor kandungan nutrien makanan bagi setiap item makanan dan cadangan menu untuk rujukan pengguna.
Mengukur pengambilan makanan harian berasaskan sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang dan malam.
Membandingkan harga bahan berdasarkan data kajian 2022 dengan harga semasa yang dimasukkan pengguna untuk melihat perbezaan harga.
Membolehkan pengguna menyemak semula pilihan menu, ramuan dan harga sebelum pengesahan akhir.
Menjana analisa lengkap status pemakanan merangkumi BMI, kalori, NRF Index, jumlah harga dan pematuhan kepada saranan MDG 2020.
Dapatan ini memberikan status pemakanan individu dan pemilihan makanan mengikut waktu makan dan sajian saranan.
MyNutriPrice Index ialah aplikasi web yang membantu pengguna membuat pilihan makanan yang lebih sihat berdasarkan gabungan kandungan nutrien dan harga makanan. Aplikasi ini membolehkan pengguna membandingkan nilai pemakanan sesuatu makanan dengan harga yang terlibat bagi mengenal pasti pilihan yang memberikan nilai nutrien lebih baik pada harga yang berpatutan.
Harga makanan yang dipaparkan adalah berdasarkan pengumpulan data kajian tahun 2022 dan digunakan sebagai rujukan data kajian. Pengguna boleh mengemaskini harga semasa mengikut harga pasaran terkini di kawasan masing-masing untuk mendapatkan anggaran harga yang lebih relevan dengan situasi semasa.
Skor NRF Index yang lebih tinggi menunjukkan makanan tersebut mempunyai nilai nutrien yang lebih baik berbanding harga yang dibelanjakan. Maklumat ini membantu pengguna membuat pilihan makanan yang lebih berkhasiat, berpatutan dan selari dengan amalan pemakanan sihat.
Harga makanan adalah rujukan data kajian 2022 dan boleh dikemaskini oleh pengguna mengikut harga semasa.
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Telefon
019-211 5263
Penyelidik
Ruhaya Salleh